Kewl Jiggy-Jiggie boleh dikatakan rod micro jigging terbaik buat masa ini kerana pada harga serendah RM160 anda akan dapat satu rod yang mempunyai banyak ciri-ciri yang bernilai.
Jenis Dan Variasi
Pertama sekali, anda perlu tahu yang rod ini adalah khas untuk pemancingan micro jigging, jika anda mencari rod casting gewang ini bukanlah rod yang sesuai. Rod ini didatangkan dengan jenis spinning dan overhead/BC, dan setiap jenis mempunyai variasi PE 0.4-1.0 dan PE 0.8-1.5
Spinning
Pada bahagian ini kami akan menerangkan spesifikasi dan ciri-ciri menarik yang ada pada rod ini.
KEWL JIGGY-JIGGIE SPINNING ROD | JGG-S60L | JGG-S60H |
LENGTH | 6′ | 6′ |
PE | 0.4-1.0 | 0.8-1.5 |
JIG MAX | 28g | 40g |
SECTION | 1 | 1 |
RING | 8 | 8 |
ROD WEIGHT | 128g | 132g |
Overhead
KEWL JIGGY-JIGGIE Overhead/BC ROD | JGG-B60L | JGG-B60H |
LENGTH | 6′ | 6′ |
PE | 0.4-1.0 | 0.8-1.5 |
JIG MAX | 28g | 40g |
SECTION | 1 | 1 |
RING | 10 | 10 |
ROD WEIGHT | 135g | 135g |
Ciri-Ciri Istimewa
Rod ini dilengkapkan dengan 8 cincin FujiĀ® bagi jenis spinning dan 10 cincin FujiĀ® bagi overhead, tentu sekali memberikan kelancaran tali dan mengurangkan tekanan pada tali sewaktu mengendalikan ikan. Ia juga menggunakan balutan karbon dari atas reel seat sehingga cincin pertama bagi memberikan lebih ketahanan pada batang rod. Reel Seat rod ini menggunakan jenama FujiĀ® dengan kunci tambahan yang diperbuat dari aluminium untuk mengelakkan kekili anda bergerak dari tempatnya jika ikan yang lebih besar membaham jig anda.
Untuk mendapatkan rod ini sila klik di sini untuk membeli dari 1stopfishing